Friday, December 23, 2011

Slimline Adele emerges after throat surgery

Slimline Adele emerges after throat surgery
The first pictures of Adele out and about after her throat surgery suggest she may have lost weight.
The singer was snapped speaking to a friend and doing some shopping, dressed in a baggy blue boyfriend-style sweater.
Despite her baggy clothes, the 23-year-old’s face and frame looked thinner than before she had the operation.
She told Rolling Stone earlier this year that her weight didn’t bother her: “My life is full of drama and I won’t have time to worry about something as petty as what I look like. I don’t like going to the gym.”
Slimline Adele emerges after throat surgery
Adele’s album 21 was recently named as the best-selling album of the century to date.
She underwent surgery in the US to repair a haemorrhaged vocal chord and posted a message on her website after the op.
She wrote: “I’m doing really well, on the mend, super happy, relaxed and very positive with it all. Thank you for all your positive thoughts and get well wishes.”
“The operation was a success and I’m just chilling out now until I get the all clear from my doctors.”

Wednesday, December 21, 2011

Anugerah Yang Tak Di Sangka...

Apa khabar semua...agak lama jugak aku tak berkarya...tpi hari nie aku nak kongsi sikit pasal aku dapat 2 anugerah yg tak di sangka sangka...
1.ANUGERAH REKOD KEDATANGAN TERBAIK
2.ANUGERAH TIADA CUTI KECEMASAN
Anugerah nie adalah tahun ke-2 aku dapat berturut-turut...semua ini adalah rezeki aku... 

INILAH DIA ANUGERAH YANG AKU PEROLEHI...ALHAMDULILLAH (^_*)

Wednesday, December 7, 2011

bYe ByE iPhone ANd Hye BlackBerry

hye semua..apa kabor...lama jugak aku tak update blog aku nie.....
sebenarnye aku agak geram dengan iphone aku sejak2 update OS5 nie dia asyik buat hal je..tiba-tiba dia akan restart sendiri...agak ke geraman aku dibuatnya...so aku mengambil keputusan nak beli fon baru tapi cadang aku pada hujung bulan nie..tapi Alhamdulillah dapat rezeki pada ahad lepas aku telah membeli fon baru kat PC FAIR..aku terbeli BLACKBERRY...aku bukan beli 1 tapi 2 sebab fon yang kedua dapat harga murah...dua biji fon aku dapat harga RM1881...memang best...hehehe

Dulu aku pakai iphone...

Sekarang aku pakai ini...


fon saya sama dengan org yg saya sayang.....

Wednesday, November 23, 2011

Rindu Sama Ini Rambut....

hari nie aku xde berapa nak ada keja..so tadi time dok belek-belek pic lama time buat sambutan hari raya kat ofis..aku terjumpe plak pic nie...sangat rindu nak buat rambut macam nie...tapi sekarang nie aku dah suka buat rambut ala-ala korean...

i miss my hair like this...

Monday, November 21, 2011

Terima Kasih Nuffnang (^_*)

Monday November 21 aku dapat 4 tiket wayang free dari naffnang..Tiket nie aku baru je ge ambik tadi kat HERITAGE HOUSE...Tak sabar nak ge tengok movie dengan si Dia... (^_^)


Nie dia 4 pass free kat TGV Cinemas

Wednesday, November 16, 2011

"Nuffnang Blog Awards, Here I Come".


three reasons I want to win tickets from naffnang is ...

first: ~ I wanted to see from across the asia pacific bloger and know themmore closely and asked the secret of their success through their blog ...

second: ~ I want to feel the excitement of the event will be held later in the month of december ...

third: ~ I want to know all the bloger who attended the event, no matter they all came from different countries ..

Tuesday, November 15, 2011

HaDiaH uNtuK eMak

minggu lepas aku teringin nak belikan emak perfume ia sebagai hadiah menghargai jasa emak membesarkan aku sehingga jadi insan yg barjaya..ini hanya sebahagian je dari apa yang mak dan abah dah dah berkorban untuk membesarkan aku...terima kasih EMAK & ABAH...I LOVE U SO MUCH (^_*)

BaTiK dAy & pErasMIan UK Dinamik..

Tengah dok belik-belik album gambar terjumpe plak gambar time ada jadi urusetia kat persidangan & perasmian UK Dinamik untuk usahawan kecil bumiputra...time tu memang kena pakai baju batik..aku rasa macam orang tua je time tu pakai baju batik warna purple....

haaa nie aku ngan kamarul..dia orang penting gaklah kat majlis tu...

nie geng-geng urusetia pada majlis tu...

keja keja jugak pose jgn lupa..hahaha...

haaa nie pic kita orang happy sbb majlis berjalan dengan lancar...

Itu jelah gambar yg aku sempat ambik time majlis tu berlangsung....

Monday, November 14, 2011

happy family....

haiii lama aku tak berkarya...bukan apa aku malas nak menaip walaupon banyak agenda menarik yg aku ada untuk dikongsi bersama...tapi kali nie aku mahu kongsi bersama kisah aku time ge PD rumah mak mertua akak aku...tima aku ge sana semua keluarga aku ada kat sane..kecuali akak aku yg sulung dan keluarga dia...aku ge sane time cuti depavali...selama 3 hari aku kat sana aku rasa happy sbb ddk dengan keluarga orang nogori...so bila dia org cakap best..pas 2 keluarga abg ipar aku pon peramah orangnya...kat sane dok bantai cakap lorat nogori walaupon aku cakap terabur ayat entah apa-apa je yg aku cakapkan...tapi bestlah dapat bermalam kat sana...so mcm biasalah aku kongsi bersama kenangan time kat sane...
nie time pagi kita org bekpes sama-sama..yg tengah makan tu my mummy..

nie kek akak aku yg buat..sedap red velvet...

Monday, October 31, 2011

pAkAi IphONe sAjE..

AHAD 30/11/2011 :    

SEBELUM


SELEPAS


HAHAHA PIC NIE AKU JUST EDIT PAKAI IPON AKU YANG TAK BERAPA NAK CANGGIH JE..TAPI KUALITI EDIT DIA AGAK MENARIK JUGA....

Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama


Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.
Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS !

Tuesday, October 25, 2011

hObi SayA mAKan..

HYE SEMUA...KALI NIE SAYA NAK BERKONGSI MASA LAPANG SAYA BILA SAYA STRESS DAN KEBOSANAN....KEADAAN INI AKAN BERLAKU BILA SAYA DAH TERLALU STRESS DAN KEBOSAN YANG TERAMAT SANGATNYA..SO DENGAN ITU SAYA MEMBALAS PERKARA ITU DENGAN CARI MENCARI MAKANAN YANG BANYAK DALAM MASA SATU HARI...KALAU ANDA SEMUA SAYA SATU HARI SAYA AKAN MAKAN BERBERAPA KALI TAK KIRALAH APA SEKALI PON...MAKANAN DIUTAMAKAN BILA SAYA BEREMOSI TIDAK STABIL..HEHEHE...SEPERTI BIASALAH KALAU SAYA BUAT POST BARU SAYA AKAN SERTAKAN DENGAN GAMBAR SEKALI...DAN DIANTARA TEMPAT MAKAN YANG SAYA KUNJUNGI ADALAH SEPERTI BERIKUT...

TEMPAT MAKAN PERTAMA

KAT SINI SAYA AKAN DATANG TIME MALAM JE...

NIE TEMPAT KEGEMARAN AKU...

YANG NIE PESTIME AKU TRY MAKAN...RASA DIA SANGAT SEDAP....


YANG NIE BIASALAH SEMUA ORG TAU KAT MANEKAN...

Thursday, October 20, 2011

Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011


ROZITA2 Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
“Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya,” ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu.
Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.
ROZITA Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011
Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar
Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.
Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.
Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan.
Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain.
“Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut,” katanya.
Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua.
“Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
“Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti,” ujarnya.

SO KAWAN-KAWAN KITA TENGOK MCM MANE KAK ITA KITA MENGACARKAN MAJLIS ITU NANTI YA....JANGAN LUPA SAKSIKAN ASK2011 NIE OK....



Wednesday, October 19, 2011

ProsEs mENgecIkKaN BadAn bErmuLa...

kawan-kawan start minggu lepas aku dah mula start mengecikkan badan aku yang dah overdos nie..aku dah tak larat nak bawak badan aku yg berat nie...bayangkan seluar yang dulunya aku pakai tali pinggang dilubang 3 sekarang dah tak payah pakai dah..akibat dah gemokkkkk....so dengan nekadnya aku diet balik untuk kuruskan dan fitkan balik badan aku nie...tapi tak adalah sampai nak pergi gym....tak mampulah nak pergi gym uolss...hahaha...so aku just pergi berjogging kat titiwangsa je...target aku sebulan saja nak kuruskan badan aku nie...harap-harap ia menjadi kenyataan...walauapa pun aku sangat yakin aku mampu capai target berat turun dalam masa sebulan...mudah-mudahan proses penurunan berat badan aku nie berjalan dengan lancar hendaknya....

pic nie aku ambik semalam selepas aku habis pusing jogging 4 round...lepas tu aku sambung lagi 2 round so semua sekali semalam aku jogging 6 round...agak nak mati jugaklah jogging semalam...almaklumlah muatan dah terlebih...nak lari pon dah tercungap-cungap...hahahaha

nie pic time aku nak melintas jalan balik rumah aku...jalan nie dekat ngan bulatan pahang...aku ambik masa setengah jam yer nak melintas jalan nie...akibat kereta banyak sangat...

nie menu aku selama 3 hari sejak hari sabtu harui tu...aku dah start diet tak makan malam...aku just makan sup sayur dan just buah saja...aku akan amalkan mcm nie sampai aku kurus dan fit balik...hehehehe

Ngeri tApI bENar

hai kawan-kawan...apa kabor semau...hari nie nak update blog skit..aku nak berkongsi pasal berat aku..aku mcm tak sangka skrg nie berat aku dah jejak 73kg..tak pernah-pernah berat aku jejak sebegitu rupa..sangat terkejut yer aku bila timbang hari tu...mungkin nie akibat makan berlebihan tanpa kira had..pantang lapar je mebedal..pas tu pantang ada geng ajak ge makan..terus aku cakap jommm...tak kiralah time tu pagi buta ke tak..apa yang aku tau makan makan dan makan...so akibatnya perut aku sekarang dah macam orang mengandung 5 bulan..mesti kau orang semua tak percayakan...so nielah buktinye...

nielah perut aku sekarang...sangat mengerikan...hahahaha

Sunday, October 16, 2011

Memang Dasar....

Salam  semua...hari nie aku mahu berkarya..nie kisah seorg umat manusia yg tak reti kenang jasa kat aku..setelah banyak yg aku tolong kat dia dulu time duduk kat kolumpur nie...aku geram dengan cara diberterima kasih kat aku dan kawan aku...hutang aku beribu tak mampu nak bayar..ge bercuti sana sini boley...beli barang mahal-mahal boley...nak bayar hutang aku tak mampu...dah berkali aku mintak tapi macam-macam alasan di bagi kat aku...buat bisnes untung beribu2 bayar hutang tak mampu ke..??dulu time aku tolong dia tak pernah aku mengatakan tidak..walau aku sesak mcm mane pon aku tetap tlg dia gak...bila dia ada masalah aku sanggup pinjam kereta abg ipar aku ajak dia ge mane2 yg dia nak...ada time 2 ge genting pagii2 buta..sampai aku ponteng kerja disebabkan nak teman dia...
Aku rasa bersalah kenalkan dia nie pada kawan aku...sampai kawan aku pon jadi mangsa dia..berhabis duit kat dia...kawan perempuan aku nie dulu time stady pon boley dia tolong umat tak kenang jasa nie...tapi dengan cara mcm nie dia balas kat kita org dengan skrg nie ada bisnes untung ribu riban...beli kereta..ipad2 yg terbaru kemera siap lense lagi..tapi tak pe harta dunia tak akan kekal lama..dengan itu dia dah dapat balasan....mungkin balasan tu tak setimpal dengan apa yg dia dah buat kat aku dan kawan aku...insyaAllah kat akhirat nanti kau akan terima balasan yg setimpal dengannya...setiap sen yg kau pakai dari aku dulu..aku tak akan HALALkan DUNIA AKHIRAT....

Monday, October 10, 2011

Rojak..??!!!

Selamat pagi semua...hari ke agak kebosanan kat ofis sbb hari nie turn aku kena jaga kaunter...so mata pon agak kelat dan mengantok...
Ok back to the story..R.O.J.A.K ..?semua org taukan apa dia..??tapi yg nie bukan seperti sangkaan kau orang tau..nie adalah sebuah buku cerita...ia mengisahkan apa yang berlaku pada rakyat malaysia kita..cerita dia ada yang kelakar.sedih n lawak bodoh pon ada..apa-apa pon memang kena dapatkanlah buku nie kalau nak tau yg lebih lanjut..hehehe

nielah buku yang aku maksudkan tu...BESTTTTTTTTT.... (^_^)

Friday, October 7, 2011

Catwalk Time..

Assalamualaikum semua....apa kabor..lama dah aku tak update blog aku nie...almaklumlah kekeringan idea dan tak ada mood nak update blog...hari nie aku nak kongsi sikit pasal aku bertugas time kat putrajaya time KUD atau nama penuhnya KARNIVAL USAHAWAN DESA...aku ditugaskan jaga pertunjukan fesyen usahawan batik...pertama kali aku ditugaskan jaga benda-benda macam tu best giler...
Model-model time tu tak payah cakaplah cantik-cantik dan hensem-hensem belaka...sempatlah aku cuci mata kejap tengok model pempuan hari tu..tinggi dia tak payah cakaplah..kalau nak bandingkan dengan aku surelah aku kalah..hahaha...
Kat sana aku adalah ambik gambar dia orang time buat catwalk...diantaranya nielah dia gambarnya...

nie dia sorang je chinese

cantik...

suka dia nie..

dia nie murah dengan senyuman

dia nie aku kenal..

dia nie badan sedappp... =)

suka short nie...

betapa kerdilnya aku...hahaha

Monday, August 15, 2011

Special Edition Duit Raya

Salam semua....hari nie agak lambat sampai ofis tapi punch card aku xdelah merah...nie semua akibat melepak sampai lewat pagi dok gelak-gelak kat kedai mamak ngan BFF aku....
ok kita lupakan pasal aku dtg keja lewat...Berbalik pada tajuk kita pasal duit raya...rasa-rasa berapa bajet kau orang semua nak bagi kat anak-anak buah kau org..??ermmm aku dah ada jawapannya...tahun nie aku dapat duit raya special edition...msti kau orang tertanya-tanyakan duit raya special edition..mcm mane tu...hahaha kalau kau orang nak tau...nielah dia duit yang aku maksudkan...

nie dia duit special edition aku...tahun nie aku nak bagi anak-anak buah aku sorang rm6....kau orang ada duit mcm nie..??hahaha
Apa-apa pon selamat berpuasa & selamat hari raya maaf zahir batin (^_^)

Thursday, August 11, 2011

8.8.2011 my BIRTHDAY ♥

Pejam celik pejam celik dah 24 tahun aku berada dibumi Tuhan yang Maha Agung nie...tanggal 8.8.2011 jatuh pada hari isnin aku telah menyambut harilahir dan jatuh pada bulan puasa yg penuh barakah nie...semoga aku diberkati olehNYA dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya...Dan yang penting semoga aku dipertemukan jodoh dengan orang yang solehah hendaknya....
Tapi tak sangka aku yang dah besar nie pon ada gak yang sudi nak bagi hadiah....so nielah antara hadiah yang aku dapat hari tu...

nie hadiah yang pertama aku dapat..jam idamanku...

Nie member ofis aku bagi...TQ

Yang nie kak nas bagi...TQ kak...

Jom Beli....SEdApppppppppppppppppppp


Kalau kau orang Nak oDer bolEh buKak Blog My sIsTer cLiK liNk NiE http://chintairdina.blogspot.com


Cup Cake

 ~ chocolate cupcakes with chocolate ganache
    * 16 pieces- package rm40
    * Add fresh stawberry/Ceri = rm10




~ Red Velvet with Cream Cheese
    * 16 pieces- package rm45
    * Add fresh stawberry/Ceri = rm10
~ Package Hantaran - rm45

Sebelah Kecik Sebelah Besar

kes nie terjadi time jumaat...ia berlaku di masjid As-Syakirin..ada ke orang yg sarung selipa aku nie tak perasan selipar yang dia sarung tu sebelah kecik sebelah besar...benggong betul orang yang sarung selipar aku...aku pulak tak perasan selipar aku nie sebelah kecik sebelah besar...dah sampai foodcourt baru aku perasan sebab aku jalan tinggi rendah tinggi rendah...rupa-rupanya selipar aku dah tertukar...malu aku kena gelak ngan kwn aku  yang sama-sama ge sembahyang jumaat time tu....

nielah selipar aku yang tertukar...memang benggonglah sapa yang main sarung je...sebelah kiri saiz 10 sebelah kanan saiz 7

Orang Bujang Berbuka Puasa..

Assalamualaikum...wahhh agak lama aku dah tak dok update blog aku nie...biasalah aku niekan org yg agak bz....kali nie aku nak kongsi kisah aku berbuka puasa ngan 2 org BFF aku...seperti biasalah juadah buka puasa kita org beli je...yerlah nak masak kat rumah tak ada dapur...so kenalah tapau...juadah buka puasa hari tu kita orang beli kat bazar ramadhan wangsamaju je...macam biasalah kalau dah namanya ge bazar ramadhan penuh sesak ngan umat muslim yg berpuasa dtg mencari juadah untuk berbuka puasa...sampai aku and member aku nak membeli pun susah sebab ramai sangat orang...kita orang ronda-ronda 2-3 kali mencari juadah apa yang kita orang nak beli....dan akhirnya kita orang ada nampak 1 kedai nie yang tak berapa nak ramai sangat org...bak kata orang tak payah nak Q panjanglah kalau nak membeli...kita orang singah kedai mak cik nie...kat kedai dia ada jual nasi tomato,nasi beriani,nasi kukus ayn rempah n mcm-mcmlah...at last kita orang beli nie....
nie air yang kita orang beli..air tembikai susu..sbb kita orang beli air nie adalah dia sama ngan warna baju si afiq 2...bak kata si haery air perahan afiq..hehehehe
yang nie juadah buka puasa kita orang..ada kurma.,ada kuih tapi kuih tak dikuarkan dalam pelastik merah 2..and menu utama kita orang adalah nasi tomato yg sangat banyak dan sedap...habis je buka puasa seperti biasa jalankan tanggungjawap yang wajib...solat....

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Sedih seorang anak dan ibu tersayang


Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-   Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-   Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tap i kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-   Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011-  Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?& quot;

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diaca painya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-   Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-   Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-   Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan a lam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011-
   Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak me nangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


9 April 2011-   Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercaka p lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik huj an yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!&quo t;
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama s elepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).