Monday, October 31, 2011

pAkAi IphONe sAjE..

AHAD 30/11/2011 :    

SEBELUM


SELEPAS


HAHAHA PIC NIE AKU JUST EDIT PAKAI IPON AKU YANG TAK BERAPA NAK CANGGIH JE..TAPI KUALITI EDIT DIA AGAK MENARIK JUGA....

Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama


Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.
Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS !

Tuesday, October 25, 2011

hObi SayA mAKan..

HYE SEMUA...KALI NIE SAYA NAK BERKONGSI MASA LAPANG SAYA BILA SAYA STRESS DAN KEBOSANAN....KEADAAN INI AKAN BERLAKU BILA SAYA DAH TERLALU STRESS DAN KEBOSAN YANG TERAMAT SANGATNYA..SO DENGAN ITU SAYA MEMBALAS PERKARA ITU DENGAN CARI MENCARI MAKANAN YANG BANYAK DALAM MASA SATU HARI...KALAU ANDA SEMUA SAYA SATU HARI SAYA AKAN MAKAN BERBERAPA KALI TAK KIRALAH APA SEKALI PON...MAKANAN DIUTAMAKAN BILA SAYA BEREMOSI TIDAK STABIL..HEHEHE...SEPERTI BIASALAH KALAU SAYA BUAT POST BARU SAYA AKAN SERTAKAN DENGAN GAMBAR SEKALI...DAN DIANTARA TEMPAT MAKAN YANG SAYA KUNJUNGI ADALAH SEPERTI BERIKUT...

TEMPAT MAKAN PERTAMA

KAT SINI SAYA AKAN DATANG TIME MALAM JE...

NIE TEMPAT KEGEMARAN AKU...

YANG NIE PESTIME AKU TRY MAKAN...RASA DIA SANGAT SEDAP....


YANG NIE BIASALAH SEMUA ORG TAU KAT MANEKAN...

Thursday, October 20, 2011

Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011


ROZITA2 Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
“Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya,” ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu.
Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.
ROZITA Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011
Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar
Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.
Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.
Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan.
Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain.
“Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut,” katanya.
Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua.
“Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
“Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti,” ujarnya.

SO KAWAN-KAWAN KITA TENGOK MCM MANE KAK ITA KITA MENGACARKAN MAJLIS ITU NANTI YA....JANGAN LUPA SAKSIKAN ASK2011 NIE OK....



Wednesday, October 19, 2011

ProsEs mENgecIkKaN BadAn bErmuLa...

kawan-kawan start minggu lepas aku dah mula start mengecikkan badan aku yang dah overdos nie..aku dah tak larat nak bawak badan aku yg berat nie...bayangkan seluar yang dulunya aku pakai tali pinggang dilubang 3 sekarang dah tak payah pakai dah..akibat dah gemokkkkk....so dengan nekadnya aku diet balik untuk kuruskan dan fitkan balik badan aku nie...tapi tak adalah sampai nak pergi gym....tak mampulah nak pergi gym uolss...hahaha...so aku just pergi berjogging kat titiwangsa je...target aku sebulan saja nak kuruskan badan aku nie...harap-harap ia menjadi kenyataan...walauapa pun aku sangat yakin aku mampu capai target berat turun dalam masa sebulan...mudah-mudahan proses penurunan berat badan aku nie berjalan dengan lancar hendaknya....

pic nie aku ambik semalam selepas aku habis pusing jogging 4 round...lepas tu aku sambung lagi 2 round so semua sekali semalam aku jogging 6 round...agak nak mati jugaklah jogging semalam...almaklumlah muatan dah terlebih...nak lari pon dah tercungap-cungap...hahahaha

nie pic time aku nak melintas jalan balik rumah aku...jalan nie dekat ngan bulatan pahang...aku ambik masa setengah jam yer nak melintas jalan nie...akibat kereta banyak sangat...

nie menu aku selama 3 hari sejak hari sabtu harui tu...aku dah start diet tak makan malam...aku just makan sup sayur dan just buah saja...aku akan amalkan mcm nie sampai aku kurus dan fit balik...hehehehe

Ngeri tApI bENar

hai kawan-kawan...apa kabor semau...hari nie nak update blog skit..aku nak berkongsi pasal berat aku..aku mcm tak sangka skrg nie berat aku dah jejak 73kg..tak pernah-pernah berat aku jejak sebegitu rupa..sangat terkejut yer aku bila timbang hari tu...mungkin nie akibat makan berlebihan tanpa kira had..pantang lapar je mebedal..pas tu pantang ada geng ajak ge makan..terus aku cakap jommm...tak kiralah time tu pagi buta ke tak..apa yang aku tau makan makan dan makan...so akibatnya perut aku sekarang dah macam orang mengandung 5 bulan..mesti kau orang semua tak percayakan...so nielah buktinye...

nielah perut aku sekarang...sangat mengerikan...hahahaha

Sunday, October 16, 2011

Memang Dasar....

Salam  semua...hari nie aku mahu berkarya..nie kisah seorg umat manusia yg tak reti kenang jasa kat aku..setelah banyak yg aku tolong kat dia dulu time duduk kat kolumpur nie...aku geram dengan cara diberterima kasih kat aku dan kawan aku...hutang aku beribu tak mampu nak bayar..ge bercuti sana sini boley...beli barang mahal-mahal boley...nak bayar hutang aku tak mampu...dah berkali aku mintak tapi macam-macam alasan di bagi kat aku...buat bisnes untung beribu2 bayar hutang tak mampu ke..??dulu time aku tolong dia tak pernah aku mengatakan tidak..walau aku sesak mcm mane pon aku tetap tlg dia gak...bila dia ada masalah aku sanggup pinjam kereta abg ipar aku ajak dia ge mane2 yg dia nak...ada time 2 ge genting pagii2 buta..sampai aku ponteng kerja disebabkan nak teman dia...
Aku rasa bersalah kenalkan dia nie pada kawan aku...sampai kawan aku pon jadi mangsa dia..berhabis duit kat dia...kawan perempuan aku nie dulu time stady pon boley dia tolong umat tak kenang jasa nie...tapi dengan cara mcm nie dia balas kat kita org dengan skrg nie ada bisnes untung ribu riban...beli kereta..ipad2 yg terbaru kemera siap lense lagi..tapi tak pe harta dunia tak akan kekal lama..dengan itu dia dah dapat balasan....mungkin balasan tu tak setimpal dengan apa yg dia dah buat kat aku dan kawan aku...insyaAllah kat akhirat nanti kau akan terima balasan yg setimpal dengannya...setiap sen yg kau pakai dari aku dulu..aku tak akan HALALkan DUNIA AKHIRAT....

Monday, October 10, 2011

Rojak..??!!!

Selamat pagi semua...hari ke agak kebosanan kat ofis sbb hari nie turn aku kena jaga kaunter...so mata pon agak kelat dan mengantok...
Ok back to the story..R.O.J.A.K ..?semua org taukan apa dia..??tapi yg nie bukan seperti sangkaan kau orang tau..nie adalah sebuah buku cerita...ia mengisahkan apa yang berlaku pada rakyat malaysia kita..cerita dia ada yang kelakar.sedih n lawak bodoh pon ada..apa-apa pon memang kena dapatkanlah buku nie kalau nak tau yg lebih lanjut..hehehe

nielah buku yang aku maksudkan tu...BESTTTTTTTTT.... (^_^)

Friday, October 7, 2011

Catwalk Time..

Assalamualaikum semua....apa kabor..lama dah aku tak update blog aku nie...almaklumlah kekeringan idea dan tak ada mood nak update blog...hari nie aku nak kongsi sikit pasal aku bertugas time kat putrajaya time KUD atau nama penuhnya KARNIVAL USAHAWAN DESA...aku ditugaskan jaga pertunjukan fesyen usahawan batik...pertama kali aku ditugaskan jaga benda-benda macam tu best giler...
Model-model time tu tak payah cakaplah cantik-cantik dan hensem-hensem belaka...sempatlah aku cuci mata kejap tengok model pempuan hari tu..tinggi dia tak payah cakaplah..kalau nak bandingkan dengan aku surelah aku kalah..hahaha...
Kat sana aku adalah ambik gambar dia orang time buat catwalk...diantaranya nielah dia gambarnya...

nie dia sorang je chinese

cantik...

suka dia nie..

dia nie murah dengan senyuman

dia nie aku kenal..

dia nie badan sedappp... =)

suka short nie...

betapa kerdilnya aku...hahaha