Tuesday, June 21, 2011

Mahu bercutiiiiii....................

Salam semua...
Hari nie tiba2 aku terasa nak ge bercuti luar malaysia pulak..aku pon tak tau kenapa tiba2 aku teringin nak ge bercuti...mungkin sbb dah lama kot aku tak ge bercuti..yerlah last aku ge bercuti pon ge penang...selalunya dalam sebulan 3x aku ge bercuti..kalau tak ge yg jauh2 pon ge yg dekat2 je..tpi sejak dua menjak nie aku dah jarang nak ge bercuti....tapi kali nie aku tak kira aku nak gak ge bercuti..destinasi pilihan kali ini ada BALI INDONESIA..hehehe dah lama aku plan nk ge sana..tapi sampailah sekarang nie tak berkesempatan lagi nak jejakkan kaki kesana...tapi aku nekad tahun depan aku akan jejakkan kaki kesana..
kat sini saya nak kongsi bersama tempat2 yg saya idam2kan nak pergi time bercuti kat bali nanti..


Bali merupakan salah satu dari 10 pantai terbaik di Dunia dan hari ini saya share beberapa gambaran tentang pantai bali yang mungkin akan menjadi destinasi anda untuk berehat. heh!
Pantai Padang Bai terletak di pelabuhan Bali – Lombok iaitu Padang Bai dan pantainya cukup terjaga kebersihan dan keindahannya. Bagi pemancing dan para penyelam (diver) sangat suka menghabiskan masa di pantai ini kerana lautnya sangat terjaga. Namun sekiranya anda ingin menyelam di padang bai, anda harus berhati – hati kerana arusnya sangat kuat.
Pantai Dreamland
Pantai ini sangat disukai oleh pelancong asing kerana pasir putihnya yang terbentang luas dan karang batu nya yang agak cantik. Pantai Dreamland merupakan salah satu pantai pasir putih di bali yang sangat indah dan eksotik.
Pantai Sanur
Daerah sanur merupakan satu daerah yang pertama berkembang di Bali di mana kita dapat merasakan suasana desa yang penuh dengan kedamaian berbanding daerah pantai yang lain. Banyak aktiviti dan resort yang berada d idaerah sanur yang membangun membuatkan Pantai Sanur salah satu pantai alternative yang layak dikunjungi oleh anda semua.
Pantai Lovina
Pantai yang terkenal dengan pasir hitamnya dan terletak di utara pulau Bali. Selain itu di Pantai Lovina, kita boleh menyaksikan Ikan Lumba – lumba yang bermain di pantai ini dan untuk melihat lumba lumba ini kita perlu menyewa perahu nelayan yang boleh dipesan dihotel.
Pantai Candi Dasa
Terletak di sebelah timur Pulau Bali dan 2 perjalanan dari pasar, anda akan menemui Pantai Candi Dasa yang terkenal kerana keindahan pantainya yang sangat memukau. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini dan salah satunya adalah snorkeling dan juga menyelam.
Pantai Amed dan Tulamben
Pantai Amed dan Tulamben adalah pantai yang bersebelahan dan jua hampir pantai yang mempunyai ciri – ciri yang sama. Tetapi pantai amed masih belum tercemar dan tidak banyak pelancong asing yang datang ke sana. Pantai Tulamben pula sangat disenangi oleh para penyelam yang ingin menyelam kerana di Pantai Tulamben, terdapat kapal perang US yang karam dan tidak terlalu dalam dan juga pantai ini digelar pantai eksotik.
Pantai Legian dan Seminyak
Pantai yang terletak di utara pantai kuta yang mempunyai suasana yang sama dengan pantai Kuta, tetapi yang membezakan dengan pantai Kuta adalah kebersihan dan suasana yang tidak begitu ramai.

No comments:

Post a Comment