Assalamualaikum…..
Hari nie genaplah 4 tahun abg faizal pergi meninggalkan aku selama-lamanya….aku sering kali merinduinye…Aku rindu senyumannye..gelak tawanya…gurauan sendanya….walaupon aku mengenalinya hanya sementara..tapi segala kenangan aku bersamanya amatlah indah dah akanku kenang sampai bila-bila…tika malam aku teringat dia akan aku ubati kerinduanku ini dengan menatap gambar terakhirnye sebelum dia pergi….
Masih aku ingat lagi kali terakhir aku keluar bersama-samanya....aku menonton wayang bertajuk `SYURGA CINTA` bersamanye..pada masa itu arwah sangat gembira dapat meluangkan masa bersama aku…tapi dalam kegembiraan itu aku dapat merasakan sesuatu akan terjadi pada dirinya…jika di pandang pada keadaan fizikalnya pada masa itu..arwah sangat kurus dan mukanya cengkung…apa bila aku mengajukan pertanyaan kepadanya…abg sihat ke..??ade sesuatu ke yang abg tak bagi tau farid…dia menjawap…`tak ada ape-apalah abg sihat-sihat saja`..tapi dengan cara jawapannya itu aku dapat marasakan sesuatu yang dia cuba rahsiakan kepadaku…
Walaupun aku tertanya-tanya dalam hati..hari itu tetap di teruskan dengan gembiranya…kami pergi bermain bowling dan makan di kfc…kami melakukan aktiviti sehingga malam dan destinasi terakhir kami berdua adalah di bukit ampang..semasa di sana arwah baru memberitahu perkara yang sebenarnya kepadaku…bahawa dia mungkin tidak akan lama didunia ini…masa itu aku terkejut dan aku tersenyum sendiri, sempat lagi aku tepuk bahu arwah abg faizal sambil aku berkata…`aah abg nie jangan nak mengarutlah..abgkan sihat-sihat sajakan…abg tak akan kemana-mana sebab abg sendiri cakapkan yang abang sihatkan…lepas saja aku cakap macam itu aku terus saja tukar tajuk perbualan…aku tanya pada arwah bila lagi abang nak bawa farid balik Melaka…dia senyum saja dengar pertanyaan aku tadi…
Jam meunjukkan pukul 3.30 pagi..aku mengajak arwah balik…dalam perjalanan pulang arwah bertanya satu soalan kepadaku..arwah bertanya`farid apa perasaan farid kalau abg pergi selama-lamanya…aku terdiam seketika kerana terkedu mendengar soalan daripadanya…..lantas aku menjawab `kalau abg tinggalkan farid buat selama-lamanya farid akan kehilangan seorang abg dan kasih sayang seorang abg yang selama ini farid harapkan.. Kalau abg nak tau,sejak farid kenal abg..inilah pertama kali farid merasa kasih sayang seorang abg yg selama ini farid idam-idamkan….apabila arwah dengar aku berkata begitu…lantas air matanya mengalir membasahi pipinya..masa aku terpandang dia menangis..aku pun tidak dapat menahan air mata aku untuk mengalir…pada masa itu.arwah memberhentikan keretanya di tepi jalan lantas dia menarik aku dan memeluk aku dengan erat..pada masa itu arwah dan aku tidak dapat berkata apa-apa..kami hanya mampu memangis…dan dalam pada itu arwah sempat berpesan kepadaku..kalau abg dah tidak ada lagi di dunia ini..jagalah diri baik-baik..pandai bawa diri..dengar cakap org tua..kerja baik jgn main-main dan dia minta aku halalkan makan minum dia..mintak maaf pada aku kalau dia ada terkasar bahasa padaku….lantas aku membalas percakapan dia..selama kita kenal abg tidak sikit pon pernah buat farid marah..berkasar dengan farid..abg terlalu baik dekat farid..masa itulah dia cium dahiku dan peluk aku dengan erat…
Setelah arwah dan aku dapat menenagkan diri..barulah arwah teruskan perjalan untuk menghantar aku pulang…aku sampai di rumah jam tepat menunjukkan pukul 4.00 pagi..setelah sampai di rumah arwah bertanya pada aku lagi soalan yang sama…tapi aku tidak menjawap kerana aku tidak sanggup kehilangan dia..dalam hatiku hanya ALLAH saja yang tahu…dalam pada masa yang sama juga arwah sempat memperlawa aku..kalau ada masa esok boleh temankan abg keluar…tanpa aku berfikir aku terus berkata tak bolehlah abg….kat rumah farid ade kenduri..lantas arwah berkata selepas aku menjawap soalannya..ermm tak apalah abg tak kisah…lalu aku pun salam tangan dan cium tangan arwah…aku bertanya pada arwah…abg nak balik mana ..dia jawap abg nak balik rumah mak cik kat kajang..aku pun jawap ok pergilah dan aku berpesan pada arwah bawa kereta elok-elok dan dah sampai rumah masej farid ok…
Ke esokan harinya..jam menunjukkan pukul 5.30 pagi..aku dapat 1 masej dari no arwah abang faizal…aku cakap dalam hati`eeh kenapa pulak awal-awal pagi lagi dia dah masej nie`..sambil itu aku pun buka dan baca ape yang tertulis pada masej yang arwah abg faizal hantar…dengan terkejutnya semasa aku membaca masej yang diberi tadi…ayat yang terkandung dalam masej itu adalah`SALAM KEPADA SAHABAT-SAHABAT ABANG FAIZAL..ABANG FAIZAL DAH PERGI SELAMA-LAMAMYA MENINGGALKAN KITA…DIA PERGI DI SEBABKAN KANSER HATI YANG DIALAMINYA..DIA MENINGGAL DUNIA JAM 4.30 DI RUMAH IBU SAUDARANYA…`masa aku membaca masej yang diberi itu aku tidak percaya..lalu aku terus telefon keluarga arwah dan bertanyakan sendiri hal ini dengan ibu arwah abg faizal…dengan nada sebak ibu arwah berkata `betul farid abg faizal dah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamaya…masa aku dengar ibu arwah berkata arwah dah pergi selama-lamanya..aku tidak dapat menahan air mata aku untuk mengalir membasahi pipiku…lalu aku terduduk dan terus teringat perlawaan arwah sebelum dia pergi selama-lamanya…aku rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat menunaikan hajat arwah buat kali terakhir…aku sangat kecewa pada masa itu…
Isnin jam menunjukkan 10.30 pagi..arwah telah selamat dikebumikan di kampong halamannya di Melaka..pada hari pengkebumian arwah aku tidak dapat menghadirinya di sebabkan aku ada exam..aku merasa ralat sebab tidak dapat menhadiri dan memberi penghormatan terakhir pada arwah abg faizal…tapi pada masa itu aku sentiasa berdoa untuk arwah abg faizal semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..dah setiap masa aku sedekahkan SURAH AL-FATIHAH kepadanya…sampai disini sajalah yang aku dapat luahkan segalan kenangan aku dengan arwah abg faizal…SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHAMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN…AMIN…
ABG FAIZAL..KENAGAN AKU BERSAMA KAMU AKAN AKU KENANG SAMPAI BILA-BILA…KASIH SAYANGMU AKAN AKU KENANG…KAULAH SEORANG ABANG YANG BAIK PADAKU SEMASA HAYATMU MASIH ADA…TERIMA KASIH ABG FAIZAL…
KENANGAN BERSAMAMU AKAN AKU KENANG….
TERIMA KASIH ABG...
AKHIR KATA
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH MOHD FAIZAL…
No comments:
Post a Comment