Monday, June 13, 2011

Penang with my BFF...

Assalamualaikum..
ermmm dah berapa hari aku tak update blog aku nie..almaklumlah aku wknd nie ada je aktiviti yg dibuat..heheeee dah nama pun kaki merayap punya orgkan...jumaat petang lepas keja je aku dah start berjalan..destinasi pertama ialah midvelly..aku ke sana ngan kawan bertiga..jalan nak kesana yaALLAH jem giler..aku gerak dari ofis pukul 5.30ptg sampai sana adalah dalam pukul 7.15mlm..lengoh kaki dok pijak pedal minyak..nasib baik bawak keta auto..kalau manual mampus mau tercabut kaki..hehehe....
Ermmm sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal tu..sebenarnya aku nak bercerita kiash aku bercuti dengan BFF aku ke penang..plan nie memang tak di rancang..mula-mula kita orang plan nak ge PD..tapi last minit time nak beli tiket bas kita org terus tukar destinasi ke penang..petang tu gak kita org gerak ge penang..kita org ge sana naik bas je..naik dari hentian duta bas gerak dalam pukul 6.30 petang sampai penang adalah dalam pukul 11.30 malam..dahlah kita org nie main redah je..dengan hotel tak booking transport kat sana tak ada..dah malam  tu sampai je kat penang kita orang terus cari hotel dengan jalan kaki..dari 1 hotel ke 1 hotel kita orang cari semuanya full...setelah dalam sejam lebih cari hotel akhirnya kita org jumpa gak hotel kat town penang..nama hotel 2 hotel chulia..ermm oklah hotel dia selesa tilam empok bantal sedap.apa yg penting ada aircond n tv...hehehe..
Lepas je kita org chek in hotel terus kita org serbu kedai makan...sbb kita org kebulur tahap gaban..lagi2 malam tu hujan pulak..perghh lagilah kebulur...nasib baik kat area hotel kita org nie ada banyak kedai makan dan senang nak cari...so kita orang tak payah dok susah2 nak ge cari kedai makan jauh2...sampai je kedai makan kita orang oder tom yam campur.kailan ikan  masin,telur dadar dengan kerabu mangga dan air sirap..perghh sampai je oder x sampai 10 minit dah licin lauk kita org kerjakan sbb semuanya dah kebulur...mcm biasalah sudah je mkn kita org balik balik hotel rest sbb esk dah mula mengexplore penang..kat sini aku sertakan serba sedikit gambar2 time kita org bercuti kat penang selama 3h3m...apa2 pon selamat membaca dan mencuci mata...hehehehe









































ermmm 2lah separuh gambar yg aku sempat upload tok shaer ngan kau org...kalau nk tngok lebih jengah2lah ke facebook aku yer...apa2 pon senyum sampai telinga (^_^)

1 comment: