Friday, July 8, 2011

Adele 21


Industri muzik AS meningkat

LOS ANGELES 7 Julai - Penyanyi Britain, Adele dan bintang pop Lady Gaga membantu menaikkan industri muzik Amerika Syarikat (AS) menerusi peningkatan jualan album mereka yang membanggakan.
Menurut data yang dikeluarkan firma Nielsen SoundScan semalam, penjualan album di negara ini meningkat 3.6 peratus kepada 221.5 juta unit bagi suku pertama 2011 dan ia merupakan peningkatan pertama sejak 2004.
Walaupun industri hiburan AS menghadapi kekangan seperti penjimatan yang dilakukan syarikat rakaman, kemelesetan dan cetak rompak, Adele dan Lady Gaga berjaya menghadapinya.
Album kedua Adele berjudul 21 berjaya dijual sebanyak 2.5 juta unit dalam tempoh 19 minggu sejak dipasarkan lewat Februari lalu...


No comments:

Post a Comment