Tuesday, June 7, 2011

BERITA SUKA KEGEMARANKU..

Federer optimis tambah koleksi Grand Slam


PARIS: Roger Federer percaya kejayaannya melangkah ke final Terbuka Perancis dan aksi meyakinkan ketika menentang Rafael Nadal membuktikan dia kini berada pada landasan tepat untuk menambah koleksi 16 kejuaraan Grand Slam miliknya.
Sensasi Switzerland itu tewas 7-5, 7-6 (7/3), 5-7, 6-1 sekali gus kekalahan kali keempat berturut-turut kepada Nadal di Roland Garrros.



“Keyakinan saya makin meningkat sejak setahun lalu,” katanya selepas tewas kepada Nadal. “Saya hilang keyakinan ketika Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun lalu tapi masih mampu beraksi dengan baik. Saya tidak rasa keyakinan saya terus hilang begitu saja.

“Yang penting ialah terus cuba melangkah ke final Grand Slam sekali lagi. Kini saya rasa lebih cergas dan pastinya ia satu perkembangan positif.” Federer berkata, perlawanan kelmarin mungkin yang terbaik pernah diharunginya namun melahirkan kekecewaan kerana sering melakukan kesilapan pada saat penting terutama pada set pertama di mana dia sepatutnya mampu menang 6-2.



Kesilapan Federer membolehkan Nadal bangkit semula dan sensasi Sepanyol itu tidak menoleh ke belakang lagi.




“Saya punya banyak peluang menamatkan permainan tapi tidak sedih kerana saya melalui perlawanan yang menarik dan hampir memenangi kejohanan di sini,” katanya. - AFP
rafael-nadal-roland-garros

No comments:

Post a Comment