Thursday, October 20, 2011

Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011


ROZITA2 Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
“Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya,” ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu.
Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.
ROZITA Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011
Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar
Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.
Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.
Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan.
Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain.
“Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut,” katanya.
Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua.
“Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
“Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti,” ujarnya.

SO KAWAN-KAWAN KITA TENGOK MCM MANE KAK ITA KITA MENGACARKAN MAJLIS ITU NANTI YA....JANGAN LUPA SAKSIKAN ASK2011 NIE OK....



1 comment: